Sunday 28 April 2024

KAPAL NELAYAN CANGGIH DIBINA DI TERENGGANU

 
MSET Shipbuilding Corporation Sdn Bhd, aebuah syarikat pembinaan dan baik pulih kapal milik Bumiputera yang beroperasi di Pulau Duyong telah melakar sejarah dalam industri maritim negara apabila berjaya membina sebuah kapal nelayan moden diperbuat daripada besi yang pertama seumpamanya di Malaysia.
 
Kapal yang siap dibina pada 2022 dan mula beroperasi pada awal 2023, melibatkan kos RM8 juta, mengamil masa 18 bulan untuk disiapkan sepenuhnya.
 
Pembinaan kapal nelayan moden itu mendapat pengiktirafan badan Kawal Selia Pembinaan Kapal Negara dan Badan Klasifikasi Kapal Malaysia (SCM) menjadi penanda aras baru sektor perkapalan di negeri itu.
 
Kapal sepanjang 29 meter dengan sistem tangkapan pukat jerut 'purse seiner' itu mampu menyimpan 120 tan hasil tangkapan pada satu masa.
 
Kapal ini merupakan Kapal kategori C2 dibina sepenuhnya daripada besi keluli. Kategori C2 boleh beroperasi sehingga ke laut dalam bermula 30 sehingga 200 batu nautika. Kelajuan maksimun sehingga 11 knot. Dan boleh berada di lautan selama 10-14 hari.
 
Kapal ini juga dilengkapi dengan kemudahan sama seperti kapal offshore lain seperti kemudahan bilik tidur yang dilienkapi dengan katil. almari, ruang solat, ruang makan, bilik aktiviti dan ruang dapur yang kesemuanya dilengkapi penghawa dingin bagi memberi keselesaan kepada krew.
 
Kapal tersebut dimiliki Amir Vision Sdn Bhd (AVSB) yang merupakan syarikat pengeluar makanan berasaskan hasil laut seperti isi ikan, keropok lekor dan bebola ikan yang beroperasi di Chendering, Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment