Thursday, 24 October 2024

KEPAKARAN JURUTERA MEMBINA PINTASAN RAWANG

 
Kepakaran dan kebijaksanaan arkitek dan jurutera Malaysia membina Pintasan Rawang memang mengkagumkan yang bertaraf dunia. Memang hebat dan satu kejayaan besar yang membanggakan.
 
Beberapa fakta berkaitan Pintasan Rawang ialah:
 
- Siap pada November 2017 dengan kos RM628 juta.
 
- Tiada tol dikenakan kepada kenderaan yang menggunakan laluan ini.
 
- Pada ketinggian 58.2 meter dari aras bumi, Pintasan Rawang merupakan jambatan kedua tertinggi di Malaysia selepas Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus), Pulau Pinang setinggi 61.5 meter.
 
- Pintasan Rawang dibina menggunakan kaedah Moveable Scaffolding Systems (MSS) untuk mereka bentuk laluan bengkang-bengkok bagi mengurangkan kemusnahan ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor di sekeliling laluan tersebut.
 
- Pembinaan laluan ini dilakukan penuh cermat agar spesis terancam seperti giam kanching yang terdapat di kawasan tersebut dapat diselamatkan.
 
- Memendekkan perjalanan bandar Rawang ke Kuala Lumpur daripada dua jam hanya kepada 30 minit ketika waktu puncak.
 
- Rekaan bagi jalan raya ini adalah hasil arkitek tempatan, Radzali Mokhtar.



Kredit pemilik asal gambar. 

No comments:

Post a Comment