Penanaman kenaf semakin berkembang di negara kita,
biarpun dilihat agak perlahan. Sebenarnya ramai petani belum mengetahui pengenai
potensi kenaf sebagai tanaman mendatangkan sumber pendapatan yang agak lumayan.
Permintaan terhadap kenaf amat tinggi, terutama
untuk pasaran eksport. Kenaf digunakan untuk pembuatan fiber yang kini menjadi satu
bahan utama untuk pelbagai industri, terutama pembuatan kereta.
Di Kelantan, kawasan penanaman kenaf lebi tertumpu
di kawasan Bachok dan Pasir Putih. Sebahagian besar petani yang terlibat ialah mereka
yang dahulunya pernah menjadi penanam tembakau.
Penanaman kenaf sebenarnya lebih mudah berbanding
tembakau. Namun, tidak dinafikan hasil pendapatan dari penanaman tembakau lebih
lumayan untuk satu kawasan yang mempunyai keluasan yang sama.
Tanaman kenaf merupakan tanaman yang mudah
dan hanya mengambil masa enam bulan untuk dituai.
Gambar: Proses mengeringkan batang kenaf sebelum
dijual.
No comments:
Post a Comment