Sesuatu musibah bukan membawa keburukan
semata-mata. Malah dalam banyak hal, musibah membawa kepada kebaikan di
sebaliknya.
Contohnya, kejadian pada 20 Okt 2019, pihak
berkuasa Hong Kong menyembur cecair berwarna dan berbau busuk ke arah Masjid
Tsim Sha Tsui di Kowloon ketika menyuraikan penunjuk perasaan telah
mempopularkan Islam di Hong Kong.
Pihak berkuasa tidak sengaja atau tidak
mensasarkan masjid ketika menggunakan meriam air untuk menyuraikan penunjuk
perasaan. Namun, semburan itu ternyata mengenai pagar dan kawasan masjid.
Menyedari itu satu perkara yang tidak
sepatutnya berlaku dan berasa bersalah, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam,
mengunjungi masjid terbesar kota itu untuk meminta maaf.
Beliau menyatakan permohonan maaf secara
terbuka. Imam masjid dan Persatuan Muslim Hong Kong menerima dengan hati
terbuka dan menyedari bahawa apa yang terjadi bukan disengajakan.
Apa yang dikatakan kebaikan di sebalik
peristiwa itu membuktikan kedudukan umat Islam sebenarnya dihormati di kalangan
penduduk Hong Kong sehinggakan pemimpin tertinggi sendiri memohon kemaafan atas
apa yang terjadi.
Kunjungan pemimpin Hong Kong itu ke masjid
telah mendapat liputan meluas di negara berkenaan dan seluruh dunia yang
sekaligus memperkenalkan mengenai Islam di Hong Kong.
Malah retetan peristiwa itu, ramai penduduk
Hong Kong berkunjung ke masjid sama ada untuk melihat kesan semburan itu dan
tidak kurang juga yang mengambil tindakan untuk mencuci kawasan masjid.
Jika selama ini masjid tersebut hanya
diketahui kewujudannya oleh orang Islam, kini secara sekelip mata, ramai
masyarakat Hong Kong mengetahuinya.
Mereka datang dan satu rasa satu tanggungjawab
untuk bersama-sama menjaga masjid agar tidak berlaku lagi sesuatu perkara buruk.
No comments:
Post a Comment