Kawasan
tanah di jajahan Bachok kebanyakannya adalah jenis tanah beris. Mengambil
sempena tanah beris terdapat banyak kampung yang menggunakan nama 'beris'
Antara
nama kampung yang menggunakan nama 'beris' di Bachok ialah Kampung Beris
Lalang, Kampung Beris Tengah, Kampung Beris Pintu Gerbang, Kampung Beris
Panchur dan Kampung Beris Kubur Besar.
Kampung
Beris Kubur Besar dipercayai mengambil nama terdapatnya kawasan perkuburan yang
agak luas di kampung tersebut. Dahulu kawasan kubur itu jelas kelihatan jika
melalui Jalan Kota Bharu - Bachok, namun sekarang agak terlindung dengan
bangunan yang berada di kawasan itu.
Kampung
Beris Kubur Besar kini semakin maju selari dengan pembinaan pusat perniagaan di
kawasan berkenaan. Malah pernah diwar-warkan bahawa kawasan Kampung Beris Kubur
Besar adalah bandar baharu bagi jajahan Bachok.
Jarak
Kampung Beris Kubur Besar dengan pekan Bachok adalah kira-kira 6 kilometer dan
18 kilometer dari bandar Kota Bharu. Jalan raya Bachok - Kota Bharu dibina pada
tahun 1959 melalui Binjai dan Kubang Kerian.
No comments:
Post a Comment