Kementerian
Kesihatan menganggarkan kerajaan akan membelanjakan sekitar RM7.4 bilion bagi
kos rawatan kesakitan utama yang berpunca daripada tabiat merokok menjelang
2025.
Jumlah
ini menghapuskan cukai tembakau yang dibayar oleh perokok, yang sebaliknya
boleh dibelanjakan ke atas keperluan lain yang lebih berfaedah.
Dari
perspektif yang lebih sempurna, kanser kolorektal merupakan kanser paling umum,
diikuti oleh kanser paru-paru bagi kaum lelaki yang berusia 25 tahun ke atas.
Tidak
hairanlah merokok didapati bertanggungjawab terhadap 80-90 peratus kes kanser
paru-paru. Di antara 2012–2016, terdapat 11,256 kes kanser trakea, bronkus dan
paru-paru yang berdaftar.
Penyokong
hak perokok dan industri tembakau hanya berdiam diri mengenai kos rawatan
kanser, di mana banyak yang dikaitkan dengan merokok.
Berikut
adalah anggaran bagi rawatan sesetengah kanser pada 2018, tanpa mengambil kira
upah untuk penjaga pesakit dan perbelanjaan lain:
-
Kanser payudara: sehingga RM395,000
- Kanser kolorektal: sehingga RM85,000
- Kanser paru-paru (termasuk trakea dan bronkus): sehingga RM56,000
- Kanser limfoma: sehingga RM95,000
- Kanser nasofarinks: sehingga RM70,000
- Kanser kolorektal: sehingga RM85,000
- Kanser paru-paru (termasuk trakea dan bronkus): sehingga RM56,000
- Kanser limfoma: sehingga RM95,000
- Kanser nasofarinks: sehingga RM70,000
Sementara
itu bagi hubungan di antara merokok dan penyakit yang dikaitkan dengannya serta
kesannya terhadap kesihatan bukan perokok, terdapat 30 jilid Laporan Ketua
Pakar Bedah AS dan bahan penerbitan mengenai merokok yang memuatkan puluhan
ribu kajian semakan semula rakan dalam profesion yang sama yang diterbitkan
sejak 1964.
Pada
1992, seorang aktor bertanya kepada eksekutif R.J. Reynolds kenapa beliau tidak
merokok dan beliau menjawab secara sinis, “Kami tidak merokok benda kotor tu.
Kami cuma menjualnya. Kami menyerahkannya kepada golongan muda, miskin, kaum
kulit hitam dan mereka yang bodoh.”
Begitulah
kata-kata yang keluar dari mulut wakil industri tembakau sendiri.
Pada
1998, seorang pengurus kedai di Kuala Lumpur membuat komen mengenai promosi
Benson & Hedges bagi produk kopi keluaran baharu di bawah jenama rokok
tersebut. “Sememangnya ini adalah bagi memastikan jenama Benson & Hedges
diketengahkan.
Kami
mengiklankan Benson & Hedges Bistro di TV dan dalam akhbar. Tujuannya ialah
untuk menjadi mesra perokok. Perokok mengaitkan kopi dengan rokok. Kedua-duanya
merupakan sejenis dadah.”
Aktivis
hak perokok dan penggubal dasar hak pro-perokok telah membuktikan tanggapan
industri tembakau bahawa perokok bersikap bodoh adalah benar.
Dianggarkan
14.6 peratus perokok di Malaysia menerima pendidikan kurang daripada pendidikan
asas; 20.2 peratus, menerima pendidikan asas; 25.2 peratus, pendidikan menengah
rendah/tinggi; dan 14.3 peratus, menerima pendidikan di kolej dan lebih tinggi.
Dalam kata lain, 34.8 peratus perokok tidak menghabiskan pendidikan asas
mereka.
No comments:
Post a Comment