Secara
lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat untuk menyembuhnya atau kembali
normal. Ubat yang dibekalkan doktor atau pemakanan tambahan sebenarnya lebih
kepada untuk mengawal daripada menjadi semakin kronik.
Justeru, pengidap
kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang
hayat.
Kes
kencing manis di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat, termasuk di
kalangan remaja atau usia baharu menginjak 20an dan 30an. Keadaan ini amat
membimbangkan.
Justeru,
ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan
perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak
terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi
mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi strok, rosak penglihatan
dan buah pinggang
Perubahan
cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah.
Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk
mengelakkan dan mengawal kencing manis.
Pemakanan. Pemakanan berkarbohidrat dan gula
seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu
terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang
terkawal.
Senaman. Senaman penting untuk membantu mengurangkan
berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru
(kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan
nasihat doktor.
Penjagaan berat badan. Pesakit yang
mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar
dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila
berat badan dapat dikawal.
Pemeriksaan diri sendiri. Pesakit kencing manis
dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang
kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini
membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
No comments:
Post a Comment