Taubat
melahirkan jiwa tenang, bersih dan tidak gusar. Apabila bertaubat dengan
sebenar-benarnya, Allah SWT mengurniakan ketenangan yang abadi dan menjadikan
kita benar-benar beriman. Taubat memperkuatkan takwa dan benci terhadap
perbuatan dosa.
Sebenarnya
amat penting kita melakukan taubat sebaik menyedari melakukan dosa. Cara itu
dapat menyucikan titik hitam yang terbentuk di dalam hati setiap kali melakukan
dosa. Jika tidak dibersihkan segera, titik hitam itu lama kelamaan menjadi satu
tompok hitam yang sukar untuk disuci lagi.
Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya: “Seorang mukmin jika berbuat satu dosa, maka
ternodalah hatinya dengan satu noktah berwarna hitam. Jika dia bertaubat,
meningggalka dan beristighfar, hantinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu
bertambah-tambah, noktah hitam itupun turut bertambah hingga menutupi hatinya.
Maka itulah karat yang disebut Allah dalam al-Quran.” (Hadis riwayat Tirmizi,
Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi).
Semakin
banyak tompokan hitam telah menutupi hati bermakna telah banyaklah perbuatan
ingkar dilakukan. Manusia yang telah tertutup hatinya sukar menerima kebenaran
yang dijelaskan kepada mereka. Sebaliknya mereka menyalah pihak lain mengapa
perkara itu terjadi.
Firman
Allah SWT yang bermaksud: “Sekali-kali tidak demikian (ayat-ayat Kami tidak ada
cacatnya), bahkan mata hati mereka diselaputi kekotoran (dosa) dengan sebab
perbuatan (mungkar dan maksiat) yang mereka kerjakan.” (Surah al-Mutaffifin,
ayat 14).
Manusia
berbeza dengan malaikat yang sepanjang hayat tidak pernah melakukan perbuatan
ingkar atau dosa terhadap Allah SWT. Malaikat sentiasa patuh apa yang disuruh
oleh Allah SWT. Malah, ada malaikat yang sepanjang masa melakukan ibadat kepada
Allah SWT tanpa tidur dan rehat.
Manakala
syaitan pula makhluk yang sepanjang masa melakukan durhaka kepada Allah SWT.
Perbuatan durhaka pertama syaitan yang diketuai iblis ialah apabila enggan
sujud kepada Nabi Adam. Sebelum itu, iblis termasuk hamba yang taat kepada
perintah Allah SWT.
Perkara ini dijelaskan Allah SWT dalam firman yang
bermaksud: "Dan dikala kami berkata kepada para Malaikat: “Bersujudlah
kamu kepada Adam maka sujudlah mereka semua kecuali Ibilis ia tidak mahu
sujud serta berlaku sombong dan jadilah dia daripada orang yang kafir” ( Surah
al-Baqarah, ayat 34)
No comments:
Post a Comment