Seronok
dapat main dengan isteri jiran terutama ketika suaminya bertugas di luar
kawasan. Masa itu tidak ada gangguan untuk bermakin dan boleh main
sepuas-puasnya. Kalau tidak dapat main rasa satu bebanan perasaan
pula.
Peluang main isteri jiran memang hebat dan amat menarik, terutama yang kali
pertama dapat bermain. Kalau boleh hendak diulang-ulang jika ada peluang
bermain dengan isteri jiran.
Ops!
Main dengan isteri jiran. Apa yang anda faham dengan perkataan itu?
Ada
yang marah kononnya penggunaan ayat main dengan isteri jiran memberi
konotasi buruk. Pemikiran yang dikuasai oleh seks atau yang berkaitan
dengannya.
Kamus
Dewan Edisi Keempat mentakrif perkataan konotasi sebagai idea yang dimaksudkan
oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yang
tersurat. Konotasi juga bermaksud perkataan yang mempunyai nilai-nilai
emosi tertentu.
Maka
itu, main dengan isteri jiran boleh dimaksudkan bermain apa-apa jenis permainan
yang lazim dimainkan. Main dengan jiran juga boleh dimaksudkan melakukan
hubungan seks dengan isteri jiran.
Justeru,
untuk mendapat makna sebenar main dengan isteri jiran perlu terus mendengar
atau membaca ayat yang seterusnya. Maksud main dengan isteri jiran juga
boleh difahami berdasarkan situasi atau siapa pengucapnya.
Kalau
lelaki yang mengucapkan saya main dengan isteri jiran, ia memberi dua maksud
yang perlu diselidiki.
Pertamanya
apakah yang dimainkan itu. Maklumat lanjut perlu dicari dan diperoleh
untuk mendapat maksud main dengan isteri jiran itu. Jadi, jangan mudah membuat
keputusan atau andaian tidak baik.
Mungkin
juga kita dapat gambaran berdasarkan sikap pengucapnya dan juga isteri jiran
itu.
Mungkin
main dengan isteri jiran itu bermaksud bermain apa-apa jenis
permainan. Atau mungkin juga main dengan isteri jiran itu merujuk kepada
hubungan seks dengan isteri jiran.
Namun,
jika penutur saya main dengan isteri jiran itu adalah wanita, maka mudah untuk
kita memahami bahawa yang dimaksudkan main dengan isteri jiran itu adalah
bermain sesuatu jenis permainan.
No comments:
Post a Comment