Mengikut
definisi, bahasa isyarat adalah bahasa mengutamakan komunikasi manual, bahasa
tubuh dan gerak bibir untuk berkomunikasi.
Biarpun bahasa isyarat dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah
pendengaran, hakikatnya orang normal juga sebenarnya secara tidak disedari
turut menggunakan bahasa isyarat dalam perhubungan seharian.
Hal
ini lebih merujuk kepada penggunaan bahasa badan atau penggunaan bahagian badan
tertentu ketika berkomunikasi.
Dalam
masyarakat yang Malaysia berbilang kaum, penggunaan bahasa isyarat dilihat
lebih penting berbanding dengan kehidupan masyarakat yang hidup di negara
mempunyai penduduk atau kaum atau mengamalkan satu budaya sahaja.
Tidak
dinafikan, biarpun telah lama berhubung dan bergaul dalam kehidupan seharian,
masyarakat Malaysia masih berdepan dengan masalah berkomunikasi.
Terdapat
kaum bukan Melayu yang tidak fasih berbahasa Melayu dan sukar untuk berhubung
dengan orang Melayu dan bangsa lain.
Didapati
golongan tua kaum Cina dan India tidak lancar bertutur dalam bahasa Malaysia.
Mereka tinggal di dalam kelompok masyarakat sendiri tanpa terdedah kepada
hubungan dengan masyarakat lain. Kaum India lebih tertumpu tinggal di estat dan
ladang, manakala kaum Cina pula menguruskan perniagaan.
Selain,
itu satu lagi keadaan yang ketara membataskan komunikasi masyarakat Malaysia
ialah di kalangan penduduk Orang Asli dan penduduk peribumi di Sabah dan
Sarawak.
Golongan ini, terutama yang tinggal di pedalaman dan kurang berhubung dengan
masyarakat luar, tidak mampu menggunakan bahasa Malaysia dengan baik. Keadaan
itu menyebabkan mereka sukar untuk berkomunikasi dengan orang ramai.
Keaadan
atau fenomena yang dinyatakan di atas menyebabkan pentingnya penggunaan bahasa
isyarat sebagai medium untuk berkomunikasi dalam budaya Malaysia.
No comments:
Post a Comment