Kumpulan penyelidik Sistem
Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension
System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn, misalnya, mengadakan
program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang
lebih sihat.
Kajian yang dijalankan ACES
berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri,
khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah
lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.
Kesimpulan utama yang mereka
dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih
rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif
daging merah terbaik.
Dengan menggunakan potongan
daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6
gram kandungan lemak berbanding lembu 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1
gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
Melihat daripada segi kalori
pula, kambing mengandungi 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing
muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak
tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain. Ini adalah
baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemak tak tepu membantu merendahkan
risiko penyakit jantung dan strok.
Kebaikan lain yang
menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi
semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh dan kandungan zat besi yang tinggi
dan mampu membantu penghidap anemia.
Kajian klinikal oleh
Universiti Harvard, pula mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat
yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak
tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan,
menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.
Mereka mendapati bahawa
lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah
sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurang keburukan itu dengan
menaikkan paras kolestrol baik.
Keburukan utama kolestrol
tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri
dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat,
yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.
Lantas penemuan itu
mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing boleh membantu
mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis
dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung
sihat.
Sebagai galakan pemakanan
daging kambing, ACES menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan
berasaskan kambing.
Ini termasuk gunakan
suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing
cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging dalam kelembapan seperti
peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari
atau stew.
Salam
ReplyDeleteSalam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama
ReplyDeletejom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)
jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik