Bayam praksi kaya khasiat. Khasiat bayam praksi paling
diperkatakan ialah merawat mangsa penyakit denggi. Makan atau minum air jus
bayam praksi dikatakan dapat menambah bilangan platlet darah.
Bayam praksi tumbuh
semula jadi di kawasan sekeliling rumah, di tanah lapang mahupun di tepi-tepi
jalan.
Bayam praksi agak lasak dan
boleh hidup dalam keadaan kekurangan bekalan air.
Bayam praksi mudah dikenali
dengan bunga berwarna purple dan agak menonjol biarpun berada di kelompok
rumput atau tumbuhan lain.
Kaedah yang digunakan untuk
merawat denggi menggunakan bayam praksi adalah seperti berikut:
Kisar pokok ini yang
dipotong sehingga akar umbi. Masukkan sedikit gula perang, agak-agak secukup
rasa. Kemudian tapis dan minum. Rasanya seperti air tebu.
Minum sekerap boleh untuk
menambah secepat mungkin bilangan platlet.
No comments:
Post a Comment