Wednesday, 12 January 2022

Bergegas ke masjid berseluar pendek

Aku bergegas ke masjid subuh pagi. Sedih melihat wajah seorang anak muda. Kepala tersandar di tiang masjid. Pucat dan sedih.

Wajah sedih. Beliau umur 22 tahun. Kerja security guard. Bawa mak dari Kuala Lipis berubat di Petaling Jaya, tiba tiba mak meninggal dunia dalam hotel.

Polis report telah dibuat. Beliau pergi ke Masjid Bukit Puchong mohon bantuan subuh subuh pagi. Untuk urus jenazah mak pulang. En Miswan dari Bukit Puchong call saya untuk bantu.

Pakai seluar pendek dan belum mandi, saya bergegas ke Bukit Puchong. Wajah anak sedih. Lemah longlai tak bermaya kerana mak meninggal dunia. Siapa yang tak sedih. Poket bukan ada duit banyak.

I jumpa dan kita beri RM1000 untuk wang saku. Bab urus jenazah tak perlu bayar. Bab van jenazah pun tak payah bayar. Bab mandi tak payah bayar. Kita bayarkan.

Bab kubur, mak ada khairat kematian. Orang kampung uruskan. Kami akan ke Kuala Lipis hantar jenazah mak.

Dunia kita ini sementara. Aku dengan tak mandi dan pakai seluar pendek mohon maaf dengan kawan kawan di masjid kerana aku hadir untuk menenangkan perasaan sedih seorang anak muda. Aku tahu betapa pedih hati kalau mak meninggal dan poket kosong.

Doakan kami selamat pergi Kuala Lipis dan selamat pulang.

FB Kuan Chee Heng
13 Jan 2022

Gambar hiasan: Masjid Lapan Kubah

No comments:

Post a Comment