Banyak cara atau tindakan dilakukan
pelbagai pihak untuk menjadikan Islam lemah dan seterusnya hilang kuasa. Pihak
tidak puas hati dengan Melayu, sebenarnya turut mempersoalkan Islam. Mereka
takut Melayu maju, kerana ini bermakna Islam maju dan kuat.
Justeru, mereka yang tidak ingin
melihat Islam terus membangun, maka Melayu perlu dilemahkan.
Tuduhan kerajaan mengabaikan kaum
lain kerana melebihkan bangsa Melayu adalah tidak benar. Hakikatnya,
bangsa lain tidak pernah diabaikan hak mereka. Bangsa lain menikmati hak
sebagai warganegara mengikut termaktub dalalam Perlembagaan.
Sebenarnya, banyak cubaan dilakukan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu yang boleh
memusnahkan rakyat dan negara. Pelbagai tekanan, propaganda dan tuduhan buruk
ditujukan kepada kerajaan dan rakyat agar wujud ketegangan dalam negara.
Keadaan itu memudahkan pihak luar masuk campur dalam urusan pentadbiran negara
atas alasan membeli nasib rakyat yang tertindas dan melanggar hak asasi
manusia.
Biarpun tidak ada ancaman berbentuk
fizikal seperti tindakan ketenteraan dilakukan oleh pihak lain ke
atas Malaysia, campur tangan dalam urusan politik, ekonomi dan hak
kebebasan rakyat sering dilakukan.
Apa yang malang, tindakan
tersebut mendapat sokongan sesetengah rakyat yang berkepentingan diri
atau pihak tertentu sahaja. Mereka rela menjadi petualang membelakangkan
kepentingan negara asalkan impian mereka tercapai.
Dalam hal ini ada individu dan
golongan terpengaruh dengan niat jahat pihak lain. Mereka menjadi musuh
dalam selimut atau gunting dalam lipatan. Tidak ubah umpama api di dalam
sekam.
Tindakan dari rakyat sendiri lebih
berbahaya daripada gangguan luar. Ini kerana pihak luar dengan lebih mudah
mengeksplotasi keadaan sedemikian.
Namun kita patut bersyukur, tidak
ramai rakyat terpengaruh. Seruan ke arah mendatangkan keburukan tidak
mendapat sambutan.
Rakyat masih dapat membezakan di
antara yang baik dan buruk. Rakyat lebih matang menilai sesuatu keadaan
dan tindakan.
Dalam negara mempunyai rakyat
majmuk, isu sensitif berkaitan kaum dan agama mudah mencetuskan keadaan
gawat. Peristiwa 13 Mei menjadi iktibar kepada semua rakyat. Pengalaman
tersebut banyak memberi pengajaran.
Oleh itu kerajaan dan rakyat
sentiasa mencari formula untuk keamanan negara. Pelbagai pendekatan telah
diperkenalkan untuk menghadapi sesuatu yang memungkinkan peristiwa
seumpama itu berulang.
Hasilnya perpaduan di kalangan
rakyata berbilang bangsa semakin kuat. Jika terdapat riak-riak keburukan
wujud, ia cepat diselesaikan.
Kita ada formula yang jelas tentang
soal-soal pokok berkaitan ketetapan, pendirian, matlamat dan tujuan yang
memudahkan rujukan, pengawalan, dan penerusan usaha.
Apa yang diamalkan sekarang
terhasil melalui proses evolusi mengikut acuan dan keperluan
untuk Malaysia. Keadaan ini sukar dirosakkan selagi setiap rakyat
memahami inspirasi negara.
Terbentuknya Malaysia dengan
ikatan persaudaraan antara kaum. Tiada satu kaum yang boleh
mengaku menguasai Malaysia secara bersendirian.
No comments:
Post a Comment