Biji cempedak jangan dibuang. Ia boleh dimakan jika direbus. Rasanya sedap dan kaya khasiat. Hendak rebus biji cempedak bukan sukar dan hanya mengambil masa yang sekejap.
Cara
rebus biji cempedak memang mudah. Pertamanya bersihkan biji cempedak dan masukkan
dalam periuk. Tambah air hingga tenggelam biji cempedak. Kena tambah sikit
garam dalam rebusan tu supaya lagi sedap. Lepas itu rebuslah hingga mendidih. Agak-agak
setengah jam selepas itu biji cempedak sudah empuk.
Selepas
empuk, boleh ditoskan untuk dihidangkan. Sebelum makan kena buang lapisan luar
yang seakan plastik. Tetapi ada juga yang tertanggal ketika proses memasak. Jadi,
bolehlah terus dimakan.
Kalau
tidak mahu toskan selepas empuk pun lebih elok supaya biji cempedak rebus itu
kekal basah dan senang hendak dibuang kulit. Selain itu ia bertujuan untuk
mengekalkan biji cempedak direbus itu kekal gebu.
Rasa
biji cempedak rebus ni amat sedap! Rasa lemak-lemak manis dan masin (hasil
campuran garam tadi) Bagi mereka yang belum pernah mencuba, sesekali cubalah.
No comments:
Post a Comment