Thursday, 7 July 2022

KEROPOK CAP KAPAL KAMPUNG KEDAI BULOH

 
Keropok Cap Kapal. Kampung Kedai Buloh antara lokasi pengeluar keropok terkenal di Kelantan. Di Kampung Kedai Buloh terdapat beberapa pengusaha keropok, salah satu ialah pengusaha yang menggunakan logo atau jenama Cap Kapal.

Jenama keropok Cap Kapal cukup terkenal kualitinya terbaik dengan ikan segar diperoleh terus dari nelayan yang mendaratkan ikan di jeti nelayan Kedai Buloh. Pengusaha juga mengawal kualiti keropok melalui proses pembuatan yang bersih dan pekerja berpengalaman.

Selain menghasilkan keropok keping dengan menggunakan jenis ikan tamban, ikan parang dan jenis ikan lain berkualiti, turut dihasilkan ialah keropok lekor dan keropok batang.

Selain dipasarkan melalui pemborong di seluruh negara, jualan di kedai kilang membolehkan pembeli mendapat terus pelbagai jenis keropok mengikut kesukaan masing-masing, selain mendapatkan pencicah yang digemari. Kedudukan kedai ialah tidak jauh dari Jalan Kuala Besar setelah memasuki Jalan Pulau Kundor. 

No comments:

Post a Comment