Lagu Tanggal 31 menjadi kebanggaan sepanjang
masa, terutama ketika Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara setiap tahun.
Kebanyakan kita tahu bahawa lagu tersebut
telah dinyanyikan dan dipopularkan oleh Sudirman Haji Arshad. Tetapi tahukah
anda siapakah pencipta dan penyanyi sebenar lagu patriotik ini?
Lagu Tanggal 31 adalah lagu yang dicipta
dan dinyanyikan terlebih dahulu oleh Ahmad Chass Barra yang lebih dikenali
sebagai Ahmad C.B. Beliau berasal dari Medan, Indonesia yang kemudiannya telah
mendapat taraf permastautin tetap di negara ini pada tahun 1979.
Beliau mencipta lagu Tanggal 31 dengan
tujuan menyemarakkan sambutan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.
Ahmad CB yang ketika itu berada di
Indonesia, apabila dikhabarkan Malaya akan merdeka, jiwa seni Ahmad CB
meronta-ronta mahu turut menabur jasa buat anak bangsa serumpun.
Lalu beliau sanggup berkolek (ada yang kata
menaiki bot) merentas Selat Melaka ke Singapura untuk merakam suara lagu
Tanggal 31. Sebaik proses rakaman selesai, Ahmad CB pulang ke Indonesia.
Ahmad C.B dilahirkan di Medan pada tahun
pada 20 Ogos 1915. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1945 mengikut
persembahan kumpulan bangsawan. Beliau juga yang mempelawa band Teruna
Sekampung dan P.Ramlee untuk membuat persembahan bersama kumpulan bangsawan
yang diasaskan olehnya bernama Rayuan Asmara.
Antara lagu yang pernah dirakamkan oleh
Ahmad C.B seperti Kachang Goreng, Rentak 106, Melayu Raya, Cincin Belah Rotan
dan beberapa lagi lagu yang lain. Ahmad C.B meninggal dunia pada tahun 1997 di
rumahnya, di Indonesia.
TANGGAL 31
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga
negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga
negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Mari kita seluruh warga
negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
https://www.youtube.com/watch?v=XqlTlmlVmVI
No comments:
Post a Comment