Sunday, 25 September 2022

Penantian 32 tahun Kelantan berakhir

 
Gandingan Wee Ming Hock-Muhammad Amir Amirul Azhar menamatkan penantian 32 tahun Kelantan apabila memenangi pingat emas pertama buat negeri itu dalam skuasy selepas mengungguli saingan beregu pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

Kemenangan pasangan Kelantan itu menyaksikan mereka menebus kekecewaan selepas gagal meraih pingat pada edisi terakhir di Perak, empat tahun lalu. Sebagai rekod, Kelantan tidak pernah memenangi emas dalam skuasy sejak dipertandingkan di pentas SUKMA pada 1990.

Kejayaan itu diharapkan dapat membuka mata pelbagai pihak tentang peluang besar sukan skuasy berkembang di Kelantan.

Di Kelantan, sukan skuasy agak asing dan jauh ketinggalan dalam kemudahan gelanggang dan yang berkaitan dengannya. Diharap ada pihak yang sudi menyumbang dana dan sokongan untuk sukan skuasy terus berkembang dan menjadi sukan popular di Kelantan.

Gambar: Bernama

No comments:

Post a Comment