Maksud bumiputera, Ia adalah merujuk kepada penduduk asal,
anak tulen atau peribumi di sesebuah negara. Di Malaysia, ia adalah satu
klasifikasi demografi bagi kaum Melayu, Orang Asli dan kaum Siam di
Semenanjung, serta pelbagai etnik peribumi di Sabah dan Sarawak yang diiktiraf
di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Merujuk kepada peruntukan undang-undang dan artikel
berkaitan, golongan yang lazim diiktiraf sebagai bumiputera merangkumi tiga
kategori utama:
Orang Melayu ditakrifkan di bawah Perkara 160(2) sebagai
seseorang yang beragama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, dan menurut adat
istiadat Melayu.
Anak Negeri Sabah ditakrifkan di bawah Perkara 161A(6)(a),
yang merujuk kepada kaum asli di Sabah seperti Kadazandusun, Murut, Bajau, dan
suku kaum lain.
Anak Negeri Sarawak pula ditakrifkan di bawah Perkara
161A(6)(b), yang merujuk kepada kaum asli di Sarawak seperti Iban, Bidayuh,
Melanau, Kenyah, Kayan, dan lain-lain.
Selain kumpulan di atas, kerajaan turut memperluas takrifan
ini secara pentadbiran untuk merangkumi kaum Orang Asli di Semenanjung serta
beberapa etnik minoriti lain seperti kaum Siam.
Istilah "bumiputera" sebenarnya tidak disebut atau
ditakrifkan secara khusus dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya,
Perlembagaan menggunakan terma "Orang Melayu" dan "anak
negeri" bagi merujuk kepada kumpulan yang layak mendapat kedudukan
istimewa di bawah Perkara 153.

No comments:
Post a Comment