Tuesday, 9 June 2026

BN BERTANDING SOLO DI NEGERI SEMBILAN

 
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan parti itu akan bertanding solo dalam pilihan raya negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Keputusan itu diambil setelah Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan mereka (akan) bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kalau PH bertanding semua kerusi, ertinya BN juga kena bertanding kesemua kerusi. Tiada kerjasama dengan PH.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, pada 4 Jun lalu membubarkan DUN negeri itu selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada majlis menghadap yang berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, pada hari sama.

Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN untuk memberi laluan kepada PRN selepas Johor yang berbuat demikian pada 1 Jun 2026.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, pada 17 Mei 2026 berkata parti itu akan bersama PH bertanding di semua 36 kerusi DUN di negeri itu.

Keputusan itu sebagai timbal balas terhadap sikap BN Johor yang bertanding di semua 56 kerusi DUN di Johor dalam PRN kali ini.

No comments:

Post a Comment