Hospital Pakar KPJ Perdana Kota Bharu mula dibuka pada tahun
2002. Ia telah dibangunkan bagi menyediakan akses kepada rawatan pakar moden
kepada rakyat Kelantan.
KPJ Perdana buat masa sekarang mempunyai 151 katil berlesen
dan menawarkan pelbagai perkhidmatan kepakaran dengan puluhan doktor pakar
tetap dan pelawat.
Ia menjadi antara hospital swasta terbesar di Kelantan dan
menerima pesakit bukan sahaja dari Kelantan malah dari negeri-negeri lain,
termasuk dari Selatan Thailand.
Selari dengan permintaan perkhidmatan perubatan pakar yang
semakin meningkat, Hospital KPJ Perdana membuat pengembangan terbesar hospital
tersebut sejak penubuhannya.
Projek ini bakal mempunyai bangunan setinggi 12 tingkat
dengan 131 katil tambahan bagi menampung peningkatan dan permintaan
perkhidmatan kesihatan swasta di Kelantan.
Dengan pertambahan kapasiti katil pesakit dan lebih banyak
dewan bedah serta penambahan ruang klinik pakar dan rawatan kritikal pasti akan
memperkukuhkan sumbangannya dalam perubatan pakar di Kelantan.
Justeru, apabila projek bangunan tambahan baharu KPJ Perdana
ini siap pada tahun 2030 kelak, rakyat Kelantan akan memperoleh manfaat ekonomi
secara tidak langsung.

No comments:
Post a Comment