Saturday, 24 October 2026

TIGA KEMBAR BERJAYA JADI TENTERA

 
Tiga kembar berjaya jadi tentera.

Satu catatan sejarah apabila tiga kembar menjadi sebahagian 1,485 perajurit muda yang menyertai Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 206/26 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson.

Mereka berjaya menamatkan latihan ketenteraan selama enam bulan bermula 10 April hingga 17 Oktober 2026.

Kejayaan tiga kembar iaitu Perajurit Muda (PM) Muhammad Nuriman bin Mohd Irwan, PM Muhammad Nuramin bin Mohd Irwan dan PM Muhammad Nurnaim bin Mohd Irwan turut mendapat perhatian Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Malek Razak bin Sulaiman.yang merasmikan tamat latihan tersebut.

Kejayaan mereka diterima menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan melalui jalan mudah. Mereka pernah empat kali gagal dalam temu duga pemilihan untuk menyertai ATM.

Kali pertama adalah pada tahun 2022, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun mereka tidak patah semangat untuk terus menghadiri temu duga setiap kali ada pengambilan baharu diiklankan oleh pihak ATM.

Mereka berjaya setelah temu duga kali kelima yang dihadiri pada pada suku tahun 2026.

Sesungguhnya kegigihan tiga beradik kembar ini untuk berkhidmat dalam ATM sangat luar biasa dan diharap kegigihan mereka bangkit selepas ‘gagal’ menjadi contoh kepada golongan belia.

Gambar - Tiga kembar bersama Jeneral Tan Sri Malek Razak bin Sulaiman (nombor dua dari kanan)

No comments:

Post a Comment