Sejarah Mee Tarik Warisan Asli di Malaysia.
Mee Tarik Warisan adalah jenama mi tarik yang terkenal di
Malaysia. Banyak cawangan yang terdapat di bandar-bandar besar di seluruh
Malaysia yang dikendalikan secara francais.
Mee Tarik Warisan Asli bermula daripada tradisi pembuatan mi
tangan dari Lanzhou, wilayah Gansu, China, yang dibawa ke Malaysia oleh
pengasasnya, Mohd Hassan (Abang Hassan), seorang Muslim daripada etnik Hui.
Mi tarik atau dikenali sebagai lamian (mi ditarik dengan
tangan) merupakan hidangan tradisional masyarakat Cina Muslim (etnik Hui) sejak
zaman Dinasti Qing lagi (lebih 160 tahun lalu).
Ia disediakan secara manual, adunan doh ditarik dan dilipat
berulang kali di atas meja atau dengan tangan sehingga menjadi helaian mi yang
halus dan kenyal.
Mee Tarik Warisan mula beroperasi di Malaysia pada awal
tahun 2011 secara kecil-kecilan sebagai sebuah gerai (stall) yang menumpang di
Restoran Habatus Sauda dekat Sri Petaling, Kuala Lumpur.
Pada pertengahan 2011, operasinya berpindah operasi seketika
ke Worldwide Business Centre di Shah Alam di bawah nama restoran lain.
Yakin kepada penerimaan rakyat Malaysia terhadap mi tarik
asli ini, Hassan menubuhkan syarikat dengan nama Mee Tarik Warisan Asli Sdn.
Bhd. pada 8 Mac 2012.
Pada awal awal 2012, restoran induk atau Headquarters (HQ)
pertama yang rasmi menggunakan nama Mee Tarik Warisan Asli dibuka di Medan
Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Selepas pembukaan di Sungai Besi, perniagaan ini berkembang
pesat ke cawangan-cawangan awal yang lain seperti di Jalan Dang Wangi, Setapak,
PV128 Genting Klang, dan Bandar Baru Bangi sebelum berkembang ke seluruh
negara.
Restoran Mee Tarik Warisan Asli mengetengahkan konsep mi
yang dibuat segar (homemade) di premis sebaik sahaja pesanan dibuat oleh pelanggan.
Hidangan yang paling mendapat sambutan termasuklah mi sup
daging (lamen sup daging) dan lamen goreng daging menggunakan rempah tradisi
Lanzhou.


No comments:
Post a Comment