Wednesday, 11 November 2026

TEA GARDEN DI BUKIT LARUT

 
Tea Garden di Bukit Larut.

Kawasan Teh Garden atau Kebun Teh terletak kira-kira 5.5 kilometer sehingga 6 kilometer dari kaki Bukit Larut, atau separuh perjalanan menuju ke puncak.

Residen British pertama di Perak, J.W.W. Birch dipercayai merupakan orang Inggeris pertama yang berjaya mendaki bukit ini pada tahun 1875.

Penolong Residen British di Larut, William Edward Maxwell merupakan individu yang mula meneroka dan membangunkan kawasan ini pada tahun 1884. Nama Bukit Maxwell adalah diambil sempena nama beliau.  

Nama Bukit Maxwell ditukar kepada nama Bukit Larut dilakukan pada tahun 1979.

Pada tahun 1887, pihak British pernah membuka ladang teh percubaan dengan menanam teh jenis assam di lereng bukit ini.

Oleh kerana tanaman teh di sini tidak membuahkan hasil yang baik akibat faktor geografi dan sistem pengangkutan, pihak British akhirnya memindahkan operasi pertanian teh mereka ke Cameron Highlands di mana terbinanya Ladang Teh BOH sekarang.

Setelah perpindahan ladang tersebut, secara rasminya sudah tiada ladang atau kebun teh yang aktif di Bukit Larut.

Walau bagaimanapun, nama "Tea Garden" atau "Kebun Teh" kekal digunakan sebagai nama kawasan stesen pertengahan di bukit tersebut atas faktor sejarah dan nama khas yang diberikan untuk kawasan tersebut.

Sekarang ini apa yang tinggal hanyalah sebuah bangunan pejabat lama dan kuarters pekerja yang terbiar yang dikenali sebagai Tea Garden House atau Halfway House.

No comments:

Post a Comment