Sunday, 8 August 2021

CARA MEMBUAT LEPOK DURIAN

Lempuk atau dalam dialek Kelantan disebut ‘lepok’ adalah isi durian yang dimasak dicampur dengan gula dan sedikit garam sehingga pekat.

Untuk membuat lepok, isi durian ‘diperisi’ atau diasingkan dari bijinya. Ia kemudian dimasak dengan dicampur dengan gula dan sedikit garam.

Adunan itu dikacau sehingga pekat atau berketul.

Pada masa dahulu, lepok dimasak di dalam kuali tembaga untuk menghasilkan aroma rasa yang unik. Sudip kayu pula digunakan untuk mengacau adunan tersebut.

Namun, sekarang ini pengusaha atau pembuat lepok tidak peduli tentang periuk atau keluli yang digunakan. Apa yang penting kerja membuat lepok menjadi senang dan mudah.

Untuk membuat lepok dalam kuantiti yang banyak, kawah yang besar akan digunakan.

Mereka menggunakan api dari gas memasak. Malah, lebih memudahkan lagi menggunakan mesin untuk mengacau secara berterusan.  

Cara itu, lebih banyak lepok dihasilkan dan kualiti serta kebersihan lebih terjamin.

No comments:

Post a Comment