Etok
atau etak cukup terkenal di Kelantan. Rakyat Kelantan gemar makan etok. Kebiasaan
etok dipasarkan yang sudah disalai. Namun ada juga etok segar dijual untuk digulai
atau digoreng bersama sayur.
Kalau dahulu, etok salai atau etok jemur hanya ada satu jenis iaitu rasa masim
kerana diperap bersama garam dan rempah. Etok salai jenis ini juga dinamakan
etok lemak atau etok perisa serai.
Namun, sekarang ini macam-macam ada rasa etok salai seperti etok salai masim,
etok salai manis, etok salai pedas, etok salai budu, etok salai tomyam, etok
salai lemak berkeju, etok salai pedas paprika, etok salai kari, etok salai lada
hitam dan macam-macam lagi.
Semua
perisa itu adalah variasi mengikut citarasa peminatnya. Pembeli boleh memilih
mengikut apa yang disukai.
Peminat
etok sudah boleh menerima pelbagai rasa dari luar kebiasaan. Namun, kebanyakan
yang ada di pasaran masih mengekal citarasa asli. Rasa itu lebih mudah diterima
tekak, terutama golongan tua.
Hakikat
sebenarnya, rasa yang berbeza itu hanya di luaran kulit sahaja. Sedikit sahaja
rasa tersebut meresap di dalam isi etok di dalam.
Rasa
diluar itu dapat dirasa ketika menggigit etok untuk mengeluarkan isinya. Ada
teknik khusus bagaimana untuk mengeluarkan isi etok.
Etak adalah sejenis hidupan cengkerang. Dikenali sebagai corbicula
fluminea dalam bahasa saintifik, dulunya amat mudah didapati di sepanjang
sungai di negeri Kelantan. Sebab itu, ia terkenal dan menjadi kegemaran
rakyat Kelantan memakannya.
Malah, hidupan tersebut turut menjadi sumber mata pencarian kebanyakan penduduk
yang mendiami kawasan pinggir sungai kerana permintaan yang tinggi di
pasaran.
Jadi, etak dikatakan seperti hidupan sungai lain menyumbang kepada kegiatan
ekonomi penduduk di sekitar tebing sungai. Kerja mencari etak atai 'ngokok
etak' popular terutama di kalangan penduduk berhampiran Sungai Kelantan.
Namun itu semua hanya tinggal sejarah. Kini etak sukar untuk ditemui di
dasar sungai di Kelantan disebabkan pencemaran air sungai dan habitat etak yang
diganggu oleh proses pembangunan.
Etak yang masih banyak dijual di Kelantan sekarang ini dibawa dari
sungai-sungai di negeri lain kerana tidak ada permintaan di tempat
asalnya.
Etak bukan sahaja dihidangkan dalam menu makanan seharian, malah etak salai
dijadikan snek pada waktu bersantai bersama keluarga dan rakan. Rasa etak atau
etok salai sangat enak.
Penggemar etak salai sanggup membelinya biarpun harganya kini semakin mahal dan
sukar ditemui.
Etok menjadi identiti rakyat Kelantan. Pernah dulu di Pasir Mas terdapat
deretan gerai khusus dibina pihak berkuasa tempatan untuk menjual etak yang
cukup terkenal.
Etak sama seperti lala atau kepah, tetapi saiznya lebih kecil dan boleh dimasak
bersama sayur, masak lemak dan masak rebus selain etak salai lebih popular.
Cara masak etok amat mudah seperti hidupan bercengkeram lain.
Cara buat etak salai sangat ringkas kerana hanya melibatkan proses menggaul
etak bersama rempah terdiri bawang putih, garam, jintan, serai, ajinomoto dan
halia, sebelum disalai selama 15 hingga 30 minit dan kemudian sedia dimakan.
Etak disalai untuk mempecepatkan 'masak' sebelum dimakan. Kaedah lain
penyediaan etak untuk dimakan ialah dijemur di panas terik selama beberapa
hari.
Rasa masim dan rempah memang menyelerakan. Kepada mereka boleh pernah
menikmati rasa etok salai dicadangkan mencubanya. Pasti anda terpikat dan akan
meminatinya.
No comments:
Post a Comment