Sunday, 3 October 2021

PONDOK MEHELIAH, KAMPUNG TEBING

Pondok Meheliah, Kampung Tebing. Pondok pengajian Islam ini telah diasaskan pada tahun 1927 oleh Tuan Guru Nik Abdullah bin Ismail (Tok Guru Haji Nik Loh).

Lokasi pondok ini ialah di Lorong Tuan Guru Hj Nik Mat, Kampung Tebing, Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan.

Beliau telah memperkenalkan sistem pengajian dua aliran iaitu akademik dan pondok. Dengan itu lahirlah Sekolah Menengah Arab Meheliah Geting.

Selepas Nik Abdullah meninggal dunia pada 1957, pengurusan pondok ini diambil alih oleh anaknya, Nik Mat bin Nik Abdullah dari tahun 1960 hingga 1993.

Kemudian pengurusan pondok diambil alih oleh Nik Zainab binti Nik Mat. Beliau turut dibantu oleh adiknya, Nik Habsah binti Nik Mat.

Pondok ini telah banyak jasa dan telah melahirkan banyak para daie, pendakwah dan mereka yang memahami ilmu agama.

Abdullah bin Saamah, pengasas Madrasah An-Najmiah, Pondok Getting, merupakan bekas pelajar di Pondok Meheliah.

No comments:

Post a Comment