Orang
ramai yang mempunyai tanah disarankan mengambil peluang menyertai program
tanaman kenaf yang disediakan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).
Dari
sudut pemohon, hanya perlu sediakan tanah sekurang-kurangnya seluas satu hektar
dan maksimum lima hektar untuk menanam kenaf.
LKTN
kemudiannya akan memberi suntikan modal dalam bentuk baja, biji benih dan
keperluan tanaman lain bernilai RM2,385 untuk satu hektar.
LKTN
juga akan bertanggungjawab membeli semula hasil tanaman kenaf yang diusahakan
itu dengan nilai RM4,000 bagi satu hektar.
Inisiatif
ini dapat memberi manfaat kepada penduduk untuk meningkatkan pendapatan mereka
melalui sektor perladangan, khususnya di kawasan luar bandar.
Kenaf
ini banyak gunanya, terutama dalam industri automotif dan pembinaan, perabot,
pulpa dan kertas, tekstil serta bahan makanan ternakan.
Ia
boleh dituai antara tiga hingga empat bulan selepas ditanam. Hasil kenaf
dikategorikan sebagai mesra alam dan boleh diperbaharui, kerana kitaran
hidupnya hanya tiga ke enam bulan.
Kaedah
penanaman berkesan serta penggunaan alatan dan jentera yang kompetensi mampu
menjadikan kenaf sebagai komoditi penting negara selepas sawit, getah,
kayu-kayan dan koko.
Gambar proses penuaian kenaf di Kampung Gaal, Pasir Putih, Kelantan.
No comments:
Post a Comment