Bahagian kepala kambing biasanya dibuang kerana banyak orang tidak tahu cara hendak proses atau penyediaan sebelum dimasak gulai. Sebenarnya kepala kambing boleh dijadikan sajian atau menu yang lazat. Lidah, otak dan daging yang ada di bahagian kepala menjadi pilihan penggemarnya.
Masalah
utama untuk memproses kepala kambing adalah membuang bulu dan kulit atau
belulang. Ini kerana belulang di bahagian kepala sukar dilapah disebabkan ia ‘melekat’
kuat tidak seperti di bahagian-bahagian lain, selain ia agak nipis.
Untuk
memproses kepala kambing ada dua cara. Pertamanya, dengan cara merebusnya.
Apabila belulang telah lembut, maka ia akan dikikis untuk membuang bulu dan
belulangnya.
Cara
kedua ialah dengan membakar. Bahagian kepala kambing itu diletakkan di atas
bara api dan dibalik-balik atau dipusing agar ia terkena merata. Boleh juga
menggunakan alat pembakar gas.
Api
akan membakar bulu dan bahagian luar belulang. Apabila sudah nampak hangus,
maka ia perlu dikikis untuk membersihkan sisa bulu dan arang yang terbentuk.
Sama
ada menggunakan cara merebus atau membakar, setelah dibersihkan ia perlu
dibelah dengan menarik agar bahagian rahang terbuka atau tercabut. Pun begitu,
ada juga yang membiarkan ia kekal seperti asalnya.
Bahagian
kepala kambing sedap dimasak menu kari atau dijadikan sup. Masa memasak lebih
lama berbanding daging kambing kerana ada bahagian dalam, terutama otak yang
perlu dipastikan benar-benar masak.
No comments:
Post a Comment