Setiap kali Latihan Kuasa Tembakan (LKT)
berlangsung, kita akan melihat bendera warna merah dan juga hijau digunakan.
Apakah maksud disebalik kedua-dua warna
bendera ini?
LKT adalah satu demonstrasi keupayaan aset
Angkatan Tentera Malaysia yang melibatkan peluru hidup.
Pelbagai prosedur keselamatan telah
digariskan termasuk penggunaan bendera merah dan hijau.
Bendera warna hijau sistem persenjataan
atau kenderaan yang terlibat tidak diisi peluru, atau bahasa mudahnya dalam
keadaan selamat.
Aset yang telah selesai melakukan
penembakan juga akan mengibarkan bendera hijau.
Sekiranya bendera merah dinaikkan, ia bermaksud aset tersebut telah 'loaded' dan sedia untuk melakukan penembakan.
Perkara ini dapat dilihat semasa kru
kenderaan berperisai menukar bendera hijau kepada merah.
Isyarat sebegini adalah penting bagi
memastikan keselamatan anggota dan juga mana-mana individu yang berada di
lokasi penembakan untuk peka dengan keadaan sekeliling mereka.
Kredit : Air Times News Network
Sekiranya bendera merah dinaikkan, ia bermaksud aset tersebut telah 'loaded' dan sedia untuk melakukan penembakan.
No comments:
Post a Comment