Gambar salur darah di dalam badan.
Gambar yang anda lihat ialah hasil teknik corrosion casting
atau plastinasi. Resin khas disuntik ke dalam salur darah, dikeraskan, kemudian
tisu tubuh dibuang.
Yang tinggal hanyalah peta salur darah. Teknik ini digunakan dalam pameran
anatomi seperti Body Worlds yang memperlihatkan keajaiban biologi manusia
dengan sangat teliti.
Diameter salur darah paling kecil hanya sekitar 5 hingga 10 mikrometer. Sel
darah merah perlu merangkak satu demi satu melalui kapilari sempit ini.
Salur darah juga mampu bertindak balas terhadap hormon, suhu, tekanan dan
rangsangan lain. Ia boleh mengembang atau mengecil untuk menyesuaikan aliran
darah mengikut keperluan tubuh.
Kajian juga menunjukkan bahawa sistem vaskular bukan sekadar saluran pasif. Ia
aktif dalam mengawal tekanan darah, menyalurkan hormon, dan membantu dalam
proses penyembuhan luka.
Setiap inci badan anda disambungkan oleh sistem ini dari kepala ke hujung jari
kaki, menjadikannya antara sistem paling penting dalam tubuh.
Tubuh manusia bukan sekadar rangka dengan otot dan kulit. Di dalamnya tersimpan
satu sistem yang sangat kompleks, namun tersusun rapi dan harmoni.
Setiap degupan jantung menghantar isyarat kehidupan ke seluruh tubuh, dan
setiap titisan darah membawa rahmat yang tak ternilai.
Kredit penulis asal

No comments:
Post a Comment