Sunday, 25 October 2026

KEISTIMEWAAN UBI KAYU KUNING

 
Keistimewaan ubi kayu kuning.

Ubi kayu kuning terkenal dengan isinya yang berwarna kuning keemasan atau krim, teksturnya yang agak padat atau liat, serta kelebihannya yang tidak mudah hancur apabila direbus.

Ubi kayu ini berwarna kuning atau krim terang kerana mengandungi kandungan beta-karotena atau provitamin A.

Tekstur isinya lebih padat, kenyal, dan tidak terlalu rapuh atau berdebu seperti ubi kayu putih. Jadi, ia menjadi pilihan mudah untuk dipegang atau dicucuk untuk dimakan. Ia tiada mudah pecah dan terjatuh daripada pegangan.

Menu ringkas ubi kayu kuning ialah dengan cara rebus biasa. Direbus dengan sedikit garam dan dihidangkan bersama kelapa parut atau dimakan begitu sahaja.

Ubi kayu kayu kuning sesuai untuk digoreng dengan cara memotong jejari seperti ubi ketang. Boleh juga dipotong nipis melintang.

Satu lagi yang popular menggunakan ubi kayu kuning ialah untuk dibuat tapai ubi kayu.  Sangat popular dijadikan tapai kerana teksturnya yang tidak hancur dan warna kuningnya yang menarik.

Sesuai juga digunakan untuk membuat bingka ubi, lepat ubi, ubi tonyoh, poli ubi kayu dan ubi kayu sira.

Tempoh matang ubi kayu kuning dan boleh dituai adalah sekitar 5 hingga 6 bulan.  




No comments:

Post a Comment