Saturday, 12 September 2020

MAKANAN PERLU DIELAK PENGIDAP KENCING MANIS

Seorang pesakit kencing manis mempunyai pantang larang pengambilan makanan, terutamanya yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. 

Bagaimana pula dengan pengambilan buah-buahan yang mempunyai kandungan gula secara semulajadi? Adakah ianya dibolehkan?

Sudah menjadi kefahaman umum bahawa doktor akan menasihati untuk makan buah-buahan dengan kadar yang sedikit bagi pesakit kencing manis.

Malah pada masa tertentu doktor akan menghalang terus pesakit tidak memakannya kerana paras gula dalam darah mencanak naik. 

Kandungan fruktosa dalam buah-buahan juga memainkan peranan penting untuk penghasilan bacaan glukosa dalam darah.

Salah satu jenis buah yang perlu dihadkan pengambilan ialah buah rambutan. Buah rambutan mempunyai kadar gula yang sangat tinggi, khususnya bagi buah rambutan yang sudah tua atau matang. 

Terdapat jenis buah rambutan yang lebih tinggi kadar kemanisan berbanding jenis yang lain.

Biasanya, penggemar buah, termasuk buah rambutan akan memilih jenis yang paling manis. Rasa manis memang sedap, tetapi ia berbahaya kepada mereka mengidap kencing manis.

Untuk mengelak rasa manis dan boleh makan buah rambutan dalam jumlah lebih banyak, elok makan buah yang belum ranum sepenuhnya. Rasanya sedikit kelat, tetapi itu baik untuk mengelak kesan buruk kepada kesihatan.

Untuk memilih buah yang belum masak sepenuhnya memang sukar ditemui di pasar kerana biasanya penjual akan memilih menjual buah yang sudah masak sepenuhnya kerana mendapat permintaan tinggi.

Jadi, peluang untuk mendapat buah rambuatn belum ranum hanya hadir jika kita ada pokok rambutan sendiri atau mendapatkannya sendiri dari pemilik pokok. Boleh pilih buah yang belum ranum atau masak sepenuhnya.

Secara umumnya, buah rambutan memang menyihatkan, tetapi bukan untuk pengidap kencing manis. Buah rambutan membekalkan tenaga, karbohidrat, serat, lemak, protein, thiamine, riboflavin, niacin, vitamin B6, asid folit, vitamin C, kalsium, magnesium, potassium, sodium dan zink.

Beberapa nasihat berikut penting kepada pesakit kencing manis dalam penjagaan makan buah-buahan.

Elakkan pengambilan buah-buahan semasa perut kosong. Ini kerana penyerapan gula fruktosa sepenuhnya (setelah ditukar ke glukosa) tidak dapat ditampung oleh insulin yang lemah atau ubat kencing manis.

Pengambilan buah disarankan diambil sejurus selepas hidangan utama, dihadkan kepada 1 hidangan sahaja. Pada masa ini tindakan insulin atau ubat kencing manis adalah optima.

Maksimum 2 hidangan buah untuk sehari.

Berikut adalah contoh-contoh saiz hidangan buah untuk satu unit karbohidrat. Setiap unit membekalkan 15g karbohidrat:
- 1 biji sederhana epal/oren/belimbing/pear
- 1 potong nipis betik/nenas/tembikai susu
- 1/2 biji jambu batu/mangga kecil
- 5 biji sederhana rambutan.
- 2 biji manggis/jambu air/kedondong/kurma
- 8-10 biji kecil langsat/duku/anggur/longan
- 2-3 ulas sederhana cempedak/durian/nangka

Senarai makanan yang patut dielakkan atau diminimumkan pengambilannya:
- Gula putih.
- Gula merah
- Gula melaka
- Gula batu
- Gula-gula
- Glukosa
- Madu
- Jem
- Kaya
- Susu pekat manis
- Sirap.
- Minuman ringan
- Minuman kordial
- Biskut manis
- Roti manis
- Kuih manis
- Kek
- Aiskrim
- Coklat
- Air tebu
- Air kelapa muda
- Minuman-minuman yang ditambah gula

No comments:

Post a Comment