Bermula tengah malam Jumaat 8 Mac 2024,
sebahagian lagi Seksyen 5A Lingkaran Tengah Utama (LTU) Raub Bypass dibuka
kepada semua pengguna jalan raya yang menghala ke Pantai Timur, tanpa perlu
lagi melalui Bandar Bentong dan Bandar Raub.
Pembukaan jajaran tersebut dapat memberi
manfaat apabila ia dapat menyingkatkan masa perjalanan dari Leburaya Pantai
Timur ke Kuala Lipis tanpa perlu melalui bandar Bentong dan Raub dengan jarak
perjalanan sepanjang 45.3 kilometer yang mengambil masa hanya 30 minit.berbanding
1 jam 30 minit sebelum Raub Bypass dibuka.
Keseluruhan panjang Seksyen 5A Raub Bypass
ini melibatkan laluan 9.6 kilometer dan sehingga hari ini, 7 kilometer pembinaan
seksyen ini telah siap dibina dan sedia digunakan. Baki 2.6 kilomter bagi
seksyen ini dijangka siap pada Jun 2024.
Pembinaan LTU atau dahulunya dikenali sebagai
Central Spine Road (CSR) yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan sehingga
persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melibatkan laluan sepanjang 299.4
kilometer serta kos sebanyak RM7.7 bilion.
LTU ini dilaksanakan secara berperingkat
melibatkan lima pakej yang pelaksanaan dilakukan mengikut keutamaan pembinaan
berdasarkan kawasan yang terdedah kepada kemalangan dan yang menyebabkan
kesesakan lalu lintas.
LTU merupakan antara projek Kementerian
Kerja Raya (KKR) yang menumpukan pembinaan jalan baharu dan naik taraf jalan
sedia ada kepada 4 lorong 2 hala. Bagi jajaran LTU di Pahang, ia melibatkan 4 pakej
utama sepanjang 169.10 kilometer merangkumi 16 seksyen.
Sehingga kini, 9 seksyen sepanjang 106.85
kilometer telah berjaya disiapkan manakala baki 7 seksyen sepanjang 62.25
kilomter sedang dalam pembinaan.
LTU merupakan salah satu komponen di bawah
Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ia telah dipertanggungjawabkan
kepada pasukan projek JKR untuk reka bentuk, pelaksanaan pembinaan dan
pemantauan sepenuhnya.
Pembinaan melibatkan 6 pakej yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Jadi pembukaan untuk kegunaan awam juga dibuat secara berperingkat-peringkat sebaik ia siap.
Secara keseluruhan, Projek CSR dibahagikan kepada enam (6) pakej utama iaitu:
Pakej 1: Kuala Krai ke Jambatan Sg. Lakit, Kelantan (47km)
Pakej 2: Jambatan Sg. Lakit ke Gua Musang, Kelantan (59km)
Pakej 3: Gua Musang ke Kg. Relong, Kuala Lipis, Pahang (93.8km)
Pakej 4: Kg. Relong, Kuala Lipis ke Raub, Pahang (50km)
Pakej 5: Raub ke Bentong, Pahang (54km)
Pakej 6: Bentong ke Simpang Pelangai, Pahang (47.5km )