Friday 26 January 2018

Hendak kreatif biar sesuai

Kreatif bermaksud mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Orang yang kreatif mampu menggunakan apa sahaja di sekelilingnya untuk dimanfaatkan.

Hasil kreatif menyebabkan seseorang menjadi popular atau mampu meraih pendapatan lumayan. Hasil kreativiti mereka dimanfaatkan oleh orang lain.

Namun, melakukan atau menghasilkan kreativiti mesti ada batasan. Perbuatan 'gila' dan tidak menghasilkan sesuatu yang baik, sebenarnya tidak termasuk dalam hasil kreatif.

Mungkin, apa yang dilakukan itu dapat menarik perhatian orang ramai, tetapi bukan dalam sudut positif. Sebaliknya, mereka bakal dikecam dan dipandang negatif.

Buatlah sesuatu usaha yang bersifat kreatif dan menghasilkan sesuatu yang mampu dimanfaatkan oleh diri sendiri dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment