Monday 5 February 2018

USAHA JAMIN KEDAULATAN PULAU LAYANG-LAYANG


Isu Kepulauan Spratly di Laut China Selatan terus menjadi konflik besar di rantau Asia Tenggara. Ini kerana selain negara ASEAN seperti Filipina, Brunei, Malaysia dan Vietnam, negara dari luar rantau ini iaitu China dan Taiwan juta menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di Kepulauan Spratly yang dipercayai memiliki sumber galian dan minyak, selain hidupan laut.

Bagi Malaysia, hanya Pulau Layang-layang menjadi lambang kedaulatan negara kita di tengah lautan luas Laut China Selatan hingga kini.

Awal tahun 80an, tiada pun Pulau Layang-layang ini. Yang ada hanyalah terumbu karang. Tetapi hasil kebijaksanaan Tun Dr Mahathir Mohamed, beliau mengarahkan pasukan komando kita dari Rejimen Gerak Khas (RGK) menawan terumbu itu dan dijadikan sebuah pulau.

Ketika itu Pasukan Khas Laut (PASKALl) tidak terlibat. Langkah pantas Tun mengarahkan tentera kita menguasai pulau berkenaan membuktikan kedaulatan negara sentiasa dilindungi kerajaan.

Pengorbanan anggota komando melaksanakan tugas dengan apa saja kekuatan yang ada. Ketika belum ada kemudahan di pulau tersebut, mereka berdepan cabaran taufan, hujan lebat, air pasang dan kekurangan bekalan makanan. Hidup mereka seperti telur di hujung tanduk.

Amanah negara mereka pikul dengan jujur, ketika orang lain tidur dengan selesa, mereka bertungkus lumus untuk memacakkan kedaulatan negara di tanah asing yang mereka dan seluruh rakyat negara belum pernah kenal sebelum ini.

Oleh kerana perbatasan Layang-layang ini merupakan kawasan panas, ia tidak terlepas dari aksi pertempuran kecil. Satu ketika tentera kita berjaya menguasai beberapa buah pulau.

Apabila diletakkan tugu, apabila ditinggalkan dan datang balik kemudiannya, tugu itu telah diletupkan dan digantikan dengan pasukan askar Vietnam lengkap dengan meriam.

Akhirnya, pucuk pimpinan negara menetapkan keputusan untuk menguasai kawasan yang sedia ada saja.

Pada tahun 1983 Malaysia meletakkan Pasukan Khas Laut-nya di Pulau Terumbu Layang-Layang. Pada tahun 1985, kemudahan ketenteraan ditambah sehingga membolehkannya menjadi markas untuk pasukan pertahanan udara.

Kini kawasan milik negara 'selamat' dan dibangunkan dengan kemudahan lapangan terbang serta resort peranginan. Kawasan pulau yang dahulunya kecil kini semakin diluaskan dengan cara tambakan laut.

Tentera yang bertugas mengawal di kawasan itu kini agak selesa berbanding pada awal dahulu boleh dianggap nyawa di hujung tanduk dengan ancaman musuh dan keadaan semulajadi seperti ombak besar dan tiupan angin kencang.

Tanpa pengorbanan tentera sudah tentu kedaulatan dan pemilikan Pulau Layang-layang mungkin jatuh kepada negara lain.

No comments:

Post a Comment