Monday 5 February 2018

TITIK PANAS DI KEPULAUAN SPRATLY


Kepulauan Spratly mempunyai potensi untuk merebak ke konflik yang lebih besar. Perebutan untuk menguasai sebahagian kelautan dan kepuluan di kawasan berkenaan melibatkan Malaysia, Taiwan, China, Vietnam, Brunie dan Filipina.

Menguasai (sebahagian) kawasan telah memberi banyak keuntungan kepada negara berkenaan terutama untuk 'menanda' sempadan negara yang akan meluaskan kawasan kelautan dan kepuluan yang dikuasai.

Pengusaan ini memberi kelebihan untuk penguasaan hasil laut seperti ikan sertai hasil bumi seperti petrolium. Ia juga amat penting bagi tujuan penguasaan untuk keperluan pertahanan negara.

Perebutan penguasaan antara negara ini telah mencetuskan ketegangan di kawasan berkenaan. Ia melibatkan aset ketenteraan. Antara sebilangan kecil 'pertempuran' dilaporkan adalah seperti berikut.  

Pada 8 Mac 2009, lima buah kapal milik China iaitu sebuah kapal perisik, sebuah kapal jabatan laut China, sebuah kapal pengukur laut dan dua buah kapal nelayan laut dalam telah mengelilingi dan membuat gerakan-gerakan yang menganggu perjalanan sebuah kapal milik Amerika Syarikat (AS) iaitu USS Impeccable.

Insiden berlaku lebih kurang 75 batu dari selatan Pulau Hainan menyebabkan berlakunya “pertempuran” kecil dengan menggunakan meriam air (kapal AS ini tidak dilengkapi senjata api). Kelasi China turut menanggalkan seluar dalam mereka dan melontarkan cangkuk untuk merosakkan peralatan survey kapal AS tersebut.

Pada 14 Mac 1988, satu pertempuran kecil berlaku di antara tentera laut China dan Vietnam dalam satu insiden yang di namakan pertempuran di Terumbu Selatan Johnson.  

Terumbu Johnson merupakan kawasan yang dikuasai oleh Vietnam (umum mengetahui bahawa Vietnam pernah terlibat dalam peperangan dengan China dan kedua-dua negara ini adalah seteru di antara satu sama lain walaupun China pernah membantu Vietnam dalam peperanganya memerangi AS di antara tahun 60an dan 70an dahulu).

Menjelang akhir Januari 1988, Vietnam sudah mula mengesan kehadiran tentera China dan kapal perangnya di terumbu Johnson menyebabkan Vietnam turut menghantar tenteranya sebagai persediaan sebarang kemungkinan dengan seterunya itu.

Pada Mac 2013, kapal perang China mengesan kehadiran kapal perang kecil Vietnam dengan nombor penan HQ-604 bergerak ke kawasan terumbu Johnson dan satu lagi kapal perangnya dengan nombor penan HQ-605 bergerak ke terumbu Lansdowne Reef.  

Kapal perang Vietnam dengan nombor penan HQ-505 pula belayar ke arah Terumbu Collins, tiga pergerakan kapal yang dianggap sebagai pencerobohan ke dalam wilayah China.

Pada tahun 1994, insiden pencerobohan yang serupa turut terjadi di antara tentera laut Filipina dengan kapal perang China. Pencerobohan di lakukan oleh kapal perang China ke dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) milik Filipina.

Filipina yang diketahui mempunyai armada laut yang paling lemah di kalangan negara ASEAN bagaimanapun tidak mengarahkan kapal perangnya menembak atau melakukan provokasi ke atas kapal perang China itu.  

Ini dibuat memandangkan kesanggupan China untuk memusnah atau menggunakan kekerasan ke atas sesiapa sahaja seperti yang terjadi pada Vietnam sedangkan pencerobohan secara jelas dibuat oleh China.

Kapal perang Filipina kemudian melarikan diri dari bertembung dengan kapal perang China itu.

Insiden yang melibatkan kapal perang dan pesawat milik TUDM ini dilapor berlaku pada akhir April 2010. Ia tidak dilapor dalam mana-mana media tempatan dalam negara tetapi menjadi tajuk utama dalam akhbar di China.

Laporan dari akhbar The Southern Daily (akhbar rasmi komunis China dalam bahasa Cina) bertarikh 1 Mei memberitahu, sekumpulan kapal perikanan China sedang menjalankan aktiviti pelayaran mereka di kepulauan Spratly yang dipanggil Nansha oleh pihak China.  

Armada kapal-kapal perikanan China ini sebenarnya merupakan strategi China untuk menguatkan tuntutan dan penguasaan mereka ke atas seluruh pentas Laut China Selatan dan khususnya Spratly.

Kapal-kapal perikanan China bukanlah seperti kapal-kapal dari Jabatan Perikanan Malaysia kerana kebanyakkan kapal-kapal perikanan China ini mempunyai keupayaan untuk belayar di laut dalam dan jauh dari pengkalan mereka.  

Kapal-kapal ini ada di antara berat 1,400 tan sehingga 2,400 tan mempunyai besar yang hampir menyamai kapal korvet. Ada kapal-kapal perikanan laut China ini merupakan modifikasi dari bekas-bekas kapal perang China.

Akhbar The Philippine Star pada tahun 2009 ada menyiarkan hasrat China untuk menggunakan kapal-kapal perikanan yang kelihatan “innocent” ini untuk berlayar di Laut China Selatan. 

Jurucakap dari kedutaan China di Manila iaitu Hua Ye memberitahu akhbar tersebut bahawa China tidak melanggar atau membuat sebarang provokasi di kawasan tuntutan bertindih memandangkan tidak ada kapal perang yang dihantar berlayar di kawasan yang sedang menjadi rebutan itu, kecuali kapal milik jabatan perikanan negara itu.

No comments:

Post a Comment