Wednesday 14 October 2020

BURUNG HELANG PALING BESAR DI DUNIA

Melihat gambar ini, tentu banyak orang menyangka ia replika atau orang memakai kostum burung. Sangkaan anda itu salah. Itu benar-benar seekor burung yang dipanggil burung harpy iaitu sejenis helang. Harpy adalah burung helang paling besar di dunia.

Burung harpy adalah burung kebangsaan negara Panama di Amerika Tengah. Kawasan yang terdapat burung harpy ia negara-negara di Amerika Tengah dan beberapa buah negara di bahagian utara Amerika Selatan.

Burung helang harpy mempunyai panjang badan sehingga lebih 1 meter dengan lebar sayap ke sayap mencecah hingga 2 meter lebih. Berat seekor burung helang harpy betina mencecah 9 kilogram, tetapi lebih ringan untuk jantan sekitar 5 kilogram.

Biarpun agak besar, kelajuan terbang burung helang harpy mencecah 80 kilometer perjam.

Kuku helang harpy mencecah sehingga 13 cm, lebih panjang dari kuku beruang grizzly yang hanya sekitar 5 hingga 10 cm. Kita dapat bayangkang betapa cengkaman kuku helang harpy apabila menyambar mangsa.

Helang harpy gemar makan monyet dan jenis haiwan lain yang tinggal di atas pokok mahupun di darat. Keperluan makanan bagi helang betina lebih banyak dengan helang jantan sesuai dengan berat badan. 

No comments:

Post a Comment