Thursday 7 October 2021

PENANAMAN KENAF BERI KEUNTUNGAN

 
Orang ramai yang mempunyai tanah disarankan mengambil peluang menyertai program tanaman kenaf yang disediakan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Dari sudut pemohon, hanya perlu sediakan tanah sekurang-kurangnya seluas satu hektar dan maksimum lima hektar untuk menanam kenaf.

LKTN kemudiannya akan memberi suntikan modal dalam bentuk baja, biji benih dan keperluan tanaman lain bernilai RM2,385 untuk satu hektar.

LKTN juga akan bertanggungjawab membeli semula hasil tanaman kenaf yang diusahakan itu dengan nilai RM4,000 bagi satu hektar.

Inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada penduduk untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui sektor perladangan, khususnya di kawasan luar bandar.

Kenaf ini banyak gunanya, terutama dalam industri automotif dan pembinaan, perabot, pulpa dan kertas, tekstil serta bahan makanan ternakan.

Ia boleh dituai antara tiga hingga empat bulan selepas ditanam. Hasil kenaf dikategorikan sebagai mesra alam dan boleh diperbaharui, kerana kitaran hidupnya hanya tiga ke enam bulan.

Kaedah penanaman berkesan serta penggunaan alatan dan jentera yang kompetensi mampu menjadikan kenaf sebagai komoditi penting negara selepas sawit, getah, kayu-kayan dan koko.

Gambar proses penuaian kenaf di Kampung Gaal, Pasir Putih, Kelantan.

No comments:

Post a Comment