Friday 29 October 2021

KAPAL BESAR MELAYU LEBIH HEBAT

 
Catatan Portugis menyatakan jong-jong Melayu lebih besar dan menggerunkan daripada kapal perang Portugis.

Catatan China pula menyatakan jong-jong Melayu tidak dibenarkan berlabuh di perlabuhan China kerana terlalu besar dan akan menggangu laluan kapal lain.

Jong terbesar Melayu mampu membawa 500 tan muatan dan hampir 1000 orang penumpang dan panjangnya hampir 100 meter! Ibnu Batutta menyatakan kapal China terbesar dipanggil Chuan, dan beliau berkata jong Melayu lebih besar berbanding Chuan!

Al Fonso De Albuquerque sendiri sewaktu melihat jong-jong Melayu yang besar itu menggelarnya sebagai "Penggoncang Dunia"! Dan anak anak kapal Portugis akan berteriak memanggil "Espanto del Mundo" terror dunia apabila berselisih dengan Geliung kepunyaan Sultan Iskandar Muda Acheh. Anda boleh bayangkan betapa hebat mega structure Melayu lama!

Orang orang Cina mengelarkan Djong besar melayu yang mempunyai 7 layar sebagai "Kun Lun Po (Bo). Kun lun ertinya "kepulauan di bawah angin" atau "negara selatan" dan tercatat pernah belayar sehingga ke Syria.(Kang Tai, 260M dan Wan Cheng, 300 M)

Manakala orang orang Greek dalam buku "Geographia" menggelarkan Djong Besar Melayu sebagai "Kolandiaponta" (Plotemy, 100 M)

Tapi difikir lojik, mana pergi semua binaan hebat ni? Mana ilmunya? Menurut Prof Maguin, menjelang akhir abad ke 16 dan 17 teknologi pembuatan jong Melayu makin hilang dan akhirnya pupus.

Kenapa? Kita salahkan penjajah! Pertamanya, semua manuskrip kita sama ada dibakar atau dicuri. Ya, kesemuanya, hal yang sama terjadi pada tamadun hebat lain, apabila dijajah, ilmu mereka sekali dicuri.

Apabila Melayu dijajah, mereka tiada waktu yang aman lagi untuk membina jong-jong besar. Nak bina kapal sebesar Titanic tu pun makan bertahun. Inikan jong-jong gergasi Melayu yang memerlukan sumber; tenaga dan harta yang banyak.

Melaka semestinya bukan permulaan kehebatan tamadun Melayu tapi kejatuhan Melaka sememangnya menjadi titik noktah keagungan bangsa Melayu.

Jatuhnya Melaka, maka Melayu semuanya dijinakkan dan dihinjak sehingga kini.

Satu lagi jangan ingat perkataan ‘jong’ itu dari China. Jong ialah bahasa Melayu asli merujuk kepada kapal besar Melayu. Lalu diambil oleh Barat menjadi ‘junk’.

Ya, Melayu tak bina bangunan besar-besar. Hidup Melayu tidak dapat dipisahkan dengan lautan. Jiwa Melayu terlalu dekat dengan lautan. Jong adalah binaan terbesar dan terhebat bangsa Melayu.

Sumber: Dari media maya

No comments:

Post a Comment