Tuesday 30 November 2021

HUKUM BERKABUNG ATAS SEBAB KEMATIAN

Perbuatan berkabung adalah bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram.

Perbuatan itu adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak. 

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. 

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf.

Bagaimanapun, selagi mana ia tidak nyata perkara itu diharamkan, maka ulama berpandangan perbuatan itu harus selagi mana boleh ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Merendahkan bendera atau kibar separuh tiang kini menjadi amalan universal seluruh dunia dan tidak dikaitkan dengan mana-mana agama.  

Begitu juga dengan memakain pakaian serba hitam atau suram juga menjadi amalan universal dan tidak dikaitkan dengan apa-apa kepercayaan.

Memakai songkok berlilit, itu hanya dilakukan di kalangan orang di Malaysia. Namun, amalan itu dikatakan meniru amalan melilit kain di lengan.

No comments:

Post a Comment