Saturday 22 January 2022

JALAN RAYA TERTINGGI DI MALAYSIA

Laluan Jalan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus merupakan jalan raya tertinggi di Malaysia.

Di laluan sejauh 3.825 kilometer, terdapat satu laluan dengan ketinggian 61.5 meter menjadikan ia sebagai jalan raya paling tinggi di Malaysia.

Laluan yang dibuka kepada umum bermula 13 Januari 2022 itu mengambil tempoh selama enam tahun bagi disiapkan dengan kos sebanyak RM378.2 juta.

Jalan raya tertinggi di Malaysia itu dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan trafik sebanyak 30 peratus dan memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 pengguna jalan raya setiap hari.

Ia menjadi jalan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam menghubungkan ke kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan sekitarnya.

Turut disediakan lorong basikal di sepanjang jejambat jalan itu bagi memberi peluang kepada penggemar sukan berbasikal menjalankan aktiviti ini di jejambat tertinggi.

No comments:

Post a Comment