Sunday 31 July 2022

CARA WAKAF AL-QURAN MELALUI RESTORAN SRI KANDAR

 
Restoran Sri Kandar, Kampung Banggol mengadakan program wakaf al-Quran untuk diagih-agihkan kepada institusi, masjid, madrasah, pusat tahfiz dan individu yang memerlukan al-Quran untuk digunakan. 

Al-Quran itu bukan sahaja diagihkan di Kelantan, bahkan kawasan luar, termasuk di Selatan Thailand. 

Sesiapa yang ingin mewakafkan al-Quran boleh menghubungi Wan Sri Kandar (019-4651826), Kampung Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan. Pihak yang ingin mendapatkan al-Quran wakaf juga boleh menghubungi beliau.

Dengan kata lain, Sri Kandar Restoran adalah pengantara untuk mereka mewakafkan al-Quran atau mendapatkan manfaat al-Quran yang diwakafkan.

Amalan mewakafkan harta amat dituntut. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, wakaf bermaksud sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai (sebagai derma), sesuatu yang diberikan atau diuntukkan bagi keperluan dan sebagainya yang berkaitan dagan agama Islam. 

Harta atau sesuatu yang diwakafkan dapat memberi kebaikan kepada sekelompok orang atau orang ramai yang mana dapat digunakan secara berpanjangan untuk tempoh tertentu atau sehingga ia tidak lagi dapat digunakan. 

Di sebalik harta yang memberi manfaat kepada orang ramai, hikmah di sebalik wakaf adalah membuka ruang untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan cara mengalirkan harta di jalan-Nya.

Tiada amalan yang paling disukai seorang mukmin selain amalan yang boleh mendekatkan dirinya dengan Allah SWT dan menjadikan dirinya dikasihi Allah SWT.  

No comments:

Post a Comment