Sunday 17 July 2022

CARA REBUS BIJI CEMPEDAK

 
Biji cempedak jangan dibuang. Ia boleh dimakan jika direbus. Rasanya sedap dan kaya khasiat. Hendak rebus biji cempedak bukan sukar dan hanya mengambil masa yang sekejap.

Cara rebus biji cempedak memang mudah. Pertamanya bersihkan biji cempedak dan masukkan dalam periuk. Tambah air hingga tenggelam biji cempedak. Kena tambah sikit garam dalam rebusan tu supaya lagi sedap. Lepas itu rebuslah hingga mendidih. Agak-agak setengah jam selepas itu biji cempedak sudah empuk.

Selepas empuk, boleh ditoskan untuk dihidangkan. Sebelum makan kena buang lapisan luar yang seakan plastik. Tetapi ada juga yang tertanggal ketika proses memasak. Jadi, bolehlah terus dimakan.

Kalau tidak mahu toskan selepas empuk pun lebih elok supaya biji cempedak rebus itu kekal basah dan senang hendak dibuang kulit. Selain itu ia bertujuan untuk mengekalkan biji cempedak direbus itu kekal gebu.

Rasa biji cempedak rebus ni amat sedap! Rasa lemak-lemak manis dan masin (hasil campuran garam tadi) Bagi mereka yang belum pernah mencuba, sesekali cubalah.

No comments:

Post a Comment