Wednesday 10 August 2022

PERLU KEKALKAN AKTIVITI MENULIS, MEMBACA

 
Banyak aplikasi sekarang ini menampilkan kemudahan muat naik video. Ia dianggap lebih menarik minat pengguna. Bahkan sekarang ini iklan perniagaan lebih banyak dalam bentuk video di media sosial dan platform e-dagang.

Justeru, sesiapa yang ingin mendapat tontonan atau pengikut yang lebih banyak, penggunaan video lebih berkesan.

Pun begitu, tidak pula bermakna kita kena berhenti menulis. Kaedah penyampaian melalui tulisan masih lagi sesuai digunakan. Masih banyak orang yang minat membaca dan ingin mendapat sesuatu melalui bentuk tulisan.

Bagi individu yang menulis akan mendorong dia sendiri untuk membaca. Pembacaan itu mendorong kekuatan tumpuan, yang kemudian akan menambah kekuatan untuk membaca dan pada sama ingin terus menulis.

Kita perlukan ekosistem menulis dan membaca di sekeliling bagi mengekalkan daya fikir. Ekosistem itu akan membantu satu sama lain.

Teruslah menulis dan membaca, satu keperluan akan terus kekal dalam penyebaran ilmu dan maklumat. Tidak semua tempat dan keadaan sesuai untuk paparan video.

No comments:

Post a Comment