Thursday 1 September 2022

PENYANYI ASAL LAGU TANGGAL 31

 
Lagu Tanggal 31 menjadi kebanggaan sepanjang masa, terutama ketika Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan negara setiap tahun.

Kebanyakan kita tahu bahawa lagu tersebut telah dinyanyikan dan dipopularkan oleh Sudirman Haji Arshad. Tetapi tahukah anda siapakah pencipta dan penyanyi sebenar lagu patriotik ini?

Lagu Tanggal 31 adalah lagu yang dicipta dan dinyanyikan terlebih dahulu oleh Ahmad Chass Barra yang lebih dikenali sebagai Ahmad C.B. Beliau berasal dari Medan, Indonesia yang kemudiannya telah mendapat taraf permastautin tetap di negara ini pada tahun 1979.

Beliau mencipta lagu Tanggal 31 dengan tujuan menyemarakkan sambutan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

Ahmad CB yang ketika itu berada di Indonesia, apabila dikhabarkan Malaya akan merdeka, jiwa seni Ahmad CB meronta-ronta mahu turut menabur jasa buat anak bangsa serumpun.

Lalu beliau sanggup berkolek (ada yang kata menaiki bot) merentas Selat Melaka ke Singapura untuk merakam suara lagu Tanggal 31. Sebaik proses rakaman selesai, Ahmad CB pulang ke Indonesia.

Ahmad C.B dilahirkan di Medan pada tahun pada 20 Ogos 1915. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1945 mengikut persembahan kumpulan bangsawan. Beliau juga yang mempelawa band Teruna Sekampung dan P.Ramlee untuk membuat persembahan bersama kumpulan bangsawan yang diasaskan olehnya bernama Rayuan Asmara.

Antara lagu yang pernah dirakamkan oleh Ahmad C.B seperti Kachang Goreng, Rentak 106, Melayu Raya, Cincin Belah Rotan dan beberapa lagi lagu yang lain. Ahmad C.B meninggal dunia pada tahun 1997 di rumahnya, di Indonesia.

TANGGAL 31

Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah 

Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
 

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka
 

Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Merdeka, merdeka
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
 

Tanggal 31
Bulan lapan, 57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
 

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
31, bulan lapan, 57
Hari mulia, negaraku merdeka

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

https://www.youtube.com/watch?v=XqlTlmlVmVI


No comments:

Post a Comment