Thursday 2 February 2023

MINYAK ZAITUN SESUAI SEMUA PERINGKAT UMUR

  
Extra Vigin Olive Oil Zouitina, minyak zaitun putik terbaik Moroco. Zouitina Prestige ialah minyak zaitun extra virgin yang diperoleh daripada pengekstrakan sejuk pertama dan menggunakan proses mekanikal.
 
Ia mempunyai kadar keasidan yang sangat rendah (kurang daripada 0.2%) dan kandungan lemak yang sempurna dan menjadikan minyak ini salah satu minyak zaitun extra virgin terbaik di dunia.
 
Zouitina menerima beberapa anugerah antarabangsa dan juga Maroco yang mana berdasarkan dan dicirikan dari segi keseimbangan yang terdapat dalam semua sifat organoleptiknya.
 
Mengapa anda perlu memilih Extra Vigin Olive Oil Zouitina berbanding minyak zaitun lain:
-  Mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan dari pelbagai institusi terkemuka antarabangsa.
Mempunyai tahap keasidan paling rendah berbanding mana-mana produk zaitun yang ada di pasaran Malaysia. Terbukti secara klinikal.
- Tidak pahit dan tidak perit di tekak.
- Bau fresh buah buahan. Rasa lembut dan mesra deria rasa.
Berkualiti tinggi. Sentiasa diuji secara klinikal oleh third party institution.
- Jaminan kualiti rasa yang 100% mesra deria rasa dan bau.
- Anak-anak pun boleh minum
- Kualiti terbukti secara klinikal
- Setiap keluaran minyan zaitun diuji mengikut kaedah dan mendapat tauliah yang mana dicadangkan oleh badan antarabangsa.
- Produk kami telah menembusi dan memasuki pasaran minyak zaitun di beberapa negara seperti Amerikan Syarikat, China, Canada, dan Eropah dan yang terbaru Malaysia.
 
Zouitina adalah jenama dari OLEA yang berasal dari Morroco. Dengan lebih daripada 3000 hektar pokok zaitun yang ditanam, dan pelbagai variasi dari Maghribi dan juga dari negara lain yang berkualiti tinggi, dengan kebolehan keberkesanan yang terjamin, OLEA berada di kedudukan antara ladang dan pengeluar minyak zaitun terbesar di dunia.
 
BERKUALITI TINGGI
Minyak zaitun kami dikategorikan sebagai minyak zaitun extra virgin mengikut kedua-dua analisis kimia dan ujian organoleptik.
 
KEPAKARAN DALAM INDUSTRI
Minyak zaitun extra virgin kami juga menggunakan teknologi dan mesin yang terkini dan di formulasikan dengan kesesuaian yang diiktiraf oleh Class master Miller.
 
UJIAN MAKMAL
Setiap keluaran minyan zaitun kami diuji mengikut kaedah dan mendapat tauliah yang mana dicadangkan oleh badan antarabangsa.
 
JENAMA ANTARABANGSA
Produk kami telah menembusi dan memasuki pasaran minyak zaitun di beberapa negara seperti Amerikan Syarikat, China, Kanada, dan Eropah dan yang terbaru Malaysia.
 
LADANG TUNGGAL
Proses pengeluaran minyak kami di kawal selia mengikut piawai antarabangsa dimana bermula dari proses penanaman, pemilihan buah zaitun serta pemprosesan minyak zaitun dalam masa 6 jam dari waktu buah zaitun di petik dimana buah zaitun kami dipetik hanya menggunakan tangan.
 
SEGAR SEMULA JADI
Kandugan pengoksidaan kami tidak dipengaruhi dari amalan pengisian nitrogen kerana kami yakin dengan kualiti dan kesegaran minyak kami.
 
Pengamalan minyak zaitun dalam diet seharian amat penting untuk manfaat kesihatan kita. Maka, faktor mutu dan kualiti Extra Virgin Olive Oil yang kita pilih memainkan peranan penting untuk memberi kesan yang positif terhadap status kesihatan kita.

Zouitina, nama yang tidak asing lagi di peringkat global; mempunyai kualiti yang tinggi dengan nilai keasidannya yang kurang dari 0.15%, secara tidak langsung mempunyai kadar Omega 3 yang tinggi.

Malah, harganya paling kompetitif di pasaran Malaysia menjadikan ia amat sesuai diamalkan dalam pemakanan kita seharian.

Minyak Zaitun Zouitina Prestige merupakan minyak zaitun yang terhasil daripada buah zaitun muda dan putik. Buah zaitun muda yang dituai awal dan diproses dalam tempoh singkat mampu menghasilkan minyak zaitun yang mempunyai bau serta rasa buah yang segar dan ringan untuk diminum. Minyak Zaitun Prestige juga merupakan minyak zaitun paling saintifik bertaraf antarabangsa.

Apakah yang anda perlu tahu mengenai minyak zaitun? Kepada mereka yang telah lama mengamalkan atau baru mahu berjinak-jinak mengamalkan pengambilan makanan sunah ini, apa yang sebenarnya anda perlu tahu?

Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah, buah zaitun terhasil dari perahan buah zaitun yang menghasilkan dua bahagian, iaitu minyak zaitun dan hampas buah zaitun yang diperah. Hampas buah zaitun disebut sebagai “pomace”

Minyak zaitun yang terhasil dari proses perahan tadi kemudian akan dikelaskan kepada tiga kategori berdasarkan kualiti minyak yang terhasil. Tiga kategori ini ialah Extra Virgin Olive Oil (EVOO), Virgin Olive Oil (VOO) dan Lampante.

Dari tiga kategori ini, hanya EVOO dan VOO yang selamat untuk dimakan sebagai Edible Oil. Lampante pula tidak selamat untuk dimakan kerana ia tidak menepati nilai kimia minyak zaitun yang selamat serta tidak memenuhi ujian organoleptic yang ditetapkan bagi minyak zaitun.

Perkataan Lampante itu sendiri dari Bahasa Sepanyol bermaksud lamp oil atau minyak lampu. Ini kerana minyak yang rendah kualiti ini kebiasaannya digunakan sebagai minyak lampu.

Menurut angka WHO, lemak trans membawa kepada setengah juta kematian akibat penyakit jantung setiap tahun.

Denmark yang telah mengambil langkah menghapuskan lemak trans dalam produk makanan sejak 20 tahun lalu telah menyaksikan penurunan penyakit kardiovaskular. Lemak trans ialah asid lemak tak tepu yang boleh terhasil dalam makanan semula jadi atau diproses.

Ia dihasilkan dalam sektor makanan yang diproses melalui hidrolisis minyak untuk menghasilkan lemak pepejal seperti marjerin.

Apakah Ujian Sensori/Deria (Organoleptic Test) sangat penting? Ujian Sensori/Deria (Organoleptic Test) melibatkan warna, bau dan rasa minyak zaitun. Ujian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kualiti minyak zaitun sama ada Extra Virgin, Virgin dan yang terakhir serta berkualiti rendah ialah Lampante.

Pilih minyak zaitun yang mempunyai Ujian Sensori/Deria (Organoleptic Test) untuk dapatkan minyak zaitun yang berkualiti tinggi iaitu Extra Virgin Olive Oil.

Untuk memastikan pemilihan minyak zaitun yang tepat, anda perlu melihat kepada COA Organoleptic Test/ Sijil Ujian Sensori/Deria produk yang anda beli.

Tiga cara mudah penggunaan minyak zaitun:
- Minum secara terus
Bagi mereka yang dah biasa amalkan minyak zaitun secara terus, tiada masalah untuk peringkat ini. Tapi!! bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak untuk amalkan, jangan risau! Kita ada minyak zaitun citrus yang bertekstur ringan dan tidak pahit.

- Campur bersama makanan
Pilihan lain adalah campur bersama makanan atau dijadikan sebagai "dressing". Sangat perfect rasa dia! Contoh jadikan dressing salad/buah.

- Sebagai bahan masakan
Nak senang, letak je minyak zaitun dalam pan dan phewww masak je! Yang penting jangan masak dengan suhu yang tinggi ya. 

Keistimewaan minyak zaitun:
- Menurunkan kadar kolestrol
- Menghalang pengerasan pembuluh darah
- Mencegah sakit jantung, serangan strok
- Mengawal tekanan darah
- Mengawal kencing manis
- Antiradang
- Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik (Probiotik) di dalam usus
- Membantu mengatasi masalah penghadaman
- Mengandungi antioksidan yang tinggi
- Mencegah penyakit
- Awet muda 

Dapatkan minyak zaitun Zouitina secara dalam talian. Mudah cepat murah. Klip pautan di bawah.

No comments:

Post a Comment