Monday 5 February 2024

MAKSUD BENDERA MERAH PADA KENDERAAN TENTERA

 
Setiap kali Latihan Kuasa Tembakan (LKT) berlangsung, kita akan melihat bendera warna merah dan juga hijau digunakan.
 
Apakah maksud disebalik kedua-dua warna bendera ini?
 
LKT adalah satu demonstrasi keupayaan aset Angkatan Tentera Malaysia yang melibatkan peluru hidup.
 
Pelbagai prosedur keselamatan telah digariskan termasuk penggunaan bendera merah dan hijau.
 
Bendera warna hijau sistem persenjataan atau kenderaan yang terlibat tidak diisi peluru, atau bahasa mudahnya dalam keadaan selamat.
 
Aset yang telah selesai melakukan penembakan juga akan mengibarkan bendera hijau.
Sekiranya bendera merah dinaikkan, ia bermaksud aset tersebut telah 'loaded' dan sedia untuk melakukan penembakan.
 
Perkara ini dapat dilihat semasa kru kenderaan berperisai menukar bendera hijau kepada merah.
 
Isyarat sebegini adalah penting bagi memastikan keselamatan anggota dan juga mana-mana individu yang berada di lokasi penembakan untuk peka dengan keadaan sekeliling mereka.
 
Kredit : Air Times News Network

No comments:

Post a Comment