Wednesday 12 June 2024

IKUT DEMO LAH MUGA KUBA DEMO

 
Satu istilah yang biasa digunakan dalam ungkapan dialek Kelantan ialah “ikut demo lah, muga kuba demo:. Dalam bahasa baku boleh diungkapkan sebagai “ikut kamulah, kerana itu kerbau kamu”.
 
Ungkapan itu biasanya tanda “mengalah” atau “reda” kepada tindakan pihak lain. Kerana itu kerbau milik pihak yang ditujukan ungkapan itu, maka terpulanglah apa yang hendak dilakukan.
 
Masa dahulu kerbau digunakan untuk pelbagai tujuan. Tenaga kerbau digunakan untuk membajak sawah, membawa barang berat, menarik bebanan dan macam-macam lagi. Kerbau betina yang baru melahirkan anak pula menjadi sumber susu. Pemilik kerbau juga bebas sama ada hendak dijual kerbaunya itu atau disembelih. Pemilik juga boleh memberi percuma kepada sesiapa yang diingini.
 
Kuasa dan hak pemilik kerbau adalah mutlak. Orang lain tidak boleh mempertikaikannya.
 
Berdasarkan kepada itu, maka timbullah pepatah atau ungkapan dalam dialek Kelantan “ikut demo lah, muga kuba demo”.
 
Dalam situasi sekarang, rakyat terpaksa mengalah dan reda dengan tindakan kerajaan menarik balik subsidi diesel kerana itu kuasa dan hak kerajaan.

No comments:

Post a Comment