Ikan kelisa hijau nami, atau lebih dikenali
sebagai arowana nami green, merupakan salah satu varian paling jarang ditemui dan
eksklusif dalam keluarga Asian Arowana (Scleropages formosus). Varian unik ini
hanya ditemui di Tasik Gubir, Kedah, menjadikannya permata air tawar Malaysia
yang bernilai tinggi.
Kelisa ini berasal dari lembangan Sungai Muda, khususnya di bahagian hulu
sungai yang kini menjadi kawasan Empangan Gubir. Populasi asal ikan ini
dipercayai terperangkap di dalam kawasan tadahan air selepas pembinaan empangan
dan seterusnya berkembang biak di situ.
Nama "nami" diambil sempena Kampung Nami, yang terletak berhampiran
Sungai Muda, berdekatan dengan empangan.
Antara ciri unik ikan kelisa hijau nami ialah corak yang jelas dan unik pada
insang dan sisiknya.
Dari segi bentuk dan morfologi, ikan ini serupa dengan varian kelisa lain, dan
masih diklasifikasikan sebagai spesies Scleropages formosus.
I-Ikan kelisa hijau nami sering disamakan dengan batik arowana dari Myanmar
(Scleropages inscriptus), yang memiliki corak batik yang ketara. Namun, corak
pada kelisa hijau nami adalah lebih ringkas, menjadikannya unik dalam kelasnya.
Kredit - Jejak Air Tawar dan Siang Caster
No comments:
Post a Comment